Janji memang mudah.Begitulah nampaknya dengan ‘Janji 100 Hari Pakatan Harapan’.Ia satu janji yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia sejak pilihanraya umum ke 14 tutup buku.
Malah ada yang mengigau ibarat pungguk rindukan bulan membilang hari demi hari bilakah janji manis kerajaan baru yang menang akan ditunaikan.
Setakat ini kita sudah dihidangkan khabar sifar GST akan bermula esok I Jun manakala sistem cukai lama SST akan kembali beraksi mulai 1 September.
Namun tandatanya besar yang berlegar apakah langkah berkenaan yang menjadi salah satu bahan kenpen PH terhadap BN mampu mengurangkan harga barang dan menyembuhkan masalah kos sara hidup akan menjadi realiti.
Ada yang kata boleh dan ada yang ragu.Apapun masa akan menentukan segalanya siapa yang benar.
Senarainya banyak dalam ‘ Janji 100 Hari Pakatan Harapan’.Ini termasuk penurunan harga minyak dan penghapuskan tol.
Kalau ada yang masih khayal dengan segala janji itu elok teliti betul-betul cakap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam sidang akhbar pada Khamis.
Sakalipun ada sekitar 80 hari lagi untuk ke garis penamat...intipatinya tidak semua janji 100 hari dapat ditunai dalam tempoh yang dijanjikan.
Dalam bahasa mudah janji itu sudah terbarai.
Setiausaha Agung DAP itu kata kerajaan Pakatan kini sangat telus dan tidak akan sorok apa-apa fakta dari rakyat.
Jadi jawabnya terimalah dengan hati terbuka bila Guan Eng dengan jelas dan berulang kali kata kerajaan baru ini mungkin terpaksa menangguhkan pelaksanaan beberapa janji mereka dalam 100 hari itu.
Alasan yang beliau gunakan ialah kerajaan kini sedang menanggung hutang negara bernilai 1 trillion.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Guan Eng sendiri kebelakangan ini sering gembar gemburkan pasal hutang itu.
Ia secara tidak langsung untuk memberitahu rakyat mereka tidak dapat tunaikan janji 100 hari ini kerana salah kerajaan BN dulu.
Dalam politik bukan susah sangat untuk korner baring dan cari alasan.
Sebenarnya kalau diimbas kembali sejak sebelum PRU14 lagi ramai yang sudah merasakan kebanyakan janji yang ditabur oleh Pakatan Harapan agak sukar dilaksanakan dalam keadaan kewangan yang terhad bila GST nak dihapuskan.
Ini ditambah dengan keadaan harga minyak dunia masih rendah yang jejaskan pendapatan negara.
Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dulu sendiri tidak berani ambil langkah populis kerana sedar akan realiti.
Beliau terpaksa harungi juga PRU14 dicelah rasa tidak puashati memuncak terhadap GST yang dipercayai pembunuh utama kerajaan pimpinannya dalam pilihanraya itu.
Bukan mudah misalnya hendak tampung janji hendak mengurangkan harga minyak RON95 hingga ke paras RM1.50 dari paras RM2.20 sekarang.
Berbilion subsidi perlu ditanggung kerajaan.
Begitu juga kalau hendak hapuskan tol di semua lebuhraya.
Ia juga melibatkan berbillion pembayaran pampasan kepada pemegang konsesi.
Ini belum lagi masuk berbillion untuk menampung kelonggaran dalam bayaran balik PTPTN.
Jadi kini jalan mudah…berselindung disebalik apa yang didakwa beban peninggalan kerajaan BN.
Guan Eng kata sebilangan janji 100 hari cuma akan dilaksanakan bila keadaan kewangan bertambah baik.
Antara janji yang mungkin terjejas itu adalah ialah subsidi bahan api untuk kereta di bawah 1,300cc dan motosikal di bawah 125cc,sumbangan KWSP untuk suri rumah.
Menyelaras dan meningkatkan gaji minimum,menangguhkan pembayaran balik PTPTN bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM4,000 sebulan.Juga Skim Peduli Sihat.
"(Ini) untuk memastikan hutang RM1 trilion dikawal.Ia akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik. Jika ia bertambah baik dalam 100 hari, bagus la.
“Kalau tak sempat (melakukannya dalam 100 hari), kita tetap komited untuk melaksanakan janji-janji itu tetapi tertakluk kepada keadaan kewangan,” kata Guan Eng.- 31/5/20

Comments
Post a Comment